Monday, December 17, 2018

Rumah Terbalik Sabah

Hai,

Saya benar-benar kering idea sejak kali terakhir saya masukkan entri di blog ini. Walaupun ini bukan kali pertama saya menulis blog tapi saya benar-benar tak tahu apa saya perlu tulis. Sebelum ini saya hanya menulis syok sendiri saja, untuk rakan-rakan yang dikenali. Tetapi memandangkan blog ini untuk tujuan memasarkan hera guest house, saya jadi mati kutu.

Saya cuba kongsi tempat-tempat menarik yang berada berdekatan dengan hGh.

Kali ni biar saya tunjuk Rumah Terbalik Sabah ya? Ia rumah terbalik pertama di Asia Tenggara dan di Malaysia. (Kalau google, salah jadi saya pun salah.haha)


Ini peta lokasi UUC. Kalau dilihat pada gambar ini, tak kelihatan satu pun tempat menarik. Hahaha! Tapi sebenarnya salah! 

Terletak di Telibong, ia memakan masa kira-kira 15 minit sahaja untuk ke sana. 


klik untuk map dari: hGh ke Rumah Terbalik KK


Harga tiket pada Disember 2016, dewasa RM10.60 kanak-kanak RM5.30 (dah masuk GST). Selain Rumah Terbalik ni, boleh juga beli tiket untuk 3D Museum. Kami tak masuk sebab dah pernah pergi yang serupa di Langkawi sebelum ni, tambah pula harga tiket yang mahal. Tapi bukan itu saja sebab kami tak masuk, mak saya tak nak masuk sebab katanya kalau nak tangkap gambar je dia malas masuk. Haha!


Jadi ini dia harga.










No comments:

Post a Comment