Salam sejahtera....
Entri kali ini kami masukkan gambar-gambar rumah termasuk senarai kemudahan di dalamnya.
Kondo ini masih baru, belum mencecah 1 tahun sejak ia dibuka (Nov 2015) untuk didiami dan baru kami sewakan sejak Mac 2016.
Ada 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air.
1. Ruang tamu.
Gambar tanpa edit.
Memandangkan rumah ni masih baru, dan kedudukan tempat tinggal kami kami yang berlainan negeri maka kami belum sempat menghias rumah dengan cantik. Tetapi kami sudah cuba melengkapkan rumah dengan keperluan asas dan keperluan yang diperlukan berdasarkan konsep minimalis dan praktikal. (Minimalis bermaksud gaya hidup dimana kita merasai mencukupi dengan sedikit sahaja keperluan tanpa berlebih-lebih)
Kemudahan:
- Sofa 3 seater
- TV
- MyTV
Openbox dengan langganan Astro pakej lengkap
- DVD Player
- Charging Station
2. Bilik Tidur Utama.
Bilik ini ada pemandangan yang cantik menuju ke kawasan berbukit berhadapan bangunan kondo ini.
Kemudahan:
- Katil saiz Queen
- Tilam, bantal bersarung, selimut, cadar
- Almari saiz besar
- Bilik Air dengan heater
- Penyaman Udara
- Meja Tulis
3. Bilik Tidur Tamu 1
Sedikit kecil berbanding bilik utama dengan tingkap yang bersambung ke ruangan dapur.
Kemudahan:
- Katil saiz Super Single
- Tilam, bantal bersarung, selimut, cadar
- Almari saiz sederhana
- Kipas berdiri
4. Bilik Tidur Tamu 2
Lebih kecil berbanding bilik tamu 1 tetapi mempunyai tingkapnya sendiri yang menghadap ke bangunan kondo di seberang.
Kemudahan:
- Katil saiz Super Single
- Tilam, bantal bersarung, selimut, cadar
- Almari saiz sederhana
- Kipas meja
Untuk tempahan:
Hera +6013 8012313 whatsapp/call/sms
Hardie +6016 8222077
update: 18.12.18