3 Bilik di Tingkat 3
Universiti Utama Condominium Phase 3 (Phase 1,2,3 terkini, 5 belum siap)
Pintu Masuk Utama ke kawasan Kondominium, dikawal sepenuhnya 24 jam sehari oleh Pengawal Keselamatan. Masuk dengan cara daftar Kad Pengenalan malah turut dilengkapi CCTV untuk pemantauan berterusan.
Homestay kami terletak di blok sebelah kiri di tingkat 3. Sedikit tinggi tetapi InsyaAllah selamat daripada gangguan anjing liar, pencuri, lebih bersih dan tidak terganggu oleh kesibukan di laluan utama. Kawasan berhampiran homestay kami turut didiami penduduk tetap, juga penyewa dan sering dironda oleh pegawai keselamatan. Terdapat petak letak kereta berbumbung yang khas mengikut nombor rumah masing-masing. Di hujung jalan ini terdapat taman permainan kanak-kanak.
Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan sepenuhnya dengan hanya menunjukkan kad residen kepada Pengawal Keselamatan. Kemudahan termasuk:
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Dewan Serbaguna
- Gimnasium
- Kolam Renang & Kolam Kanak-Kanak
- Gelanggang Badminton
- Gelanggang Bola Keranjang
- Gelanggang Bola Tampar
- Gelanggang Sepak Takraw
- Gelanggang Futsal
Dalam entri seterusnya kami akan masukkan maklumat di dalam rumah.



No comments:
Post a Comment